Wednesday, February 16, 2011

Orang Berzina Seperti Kain Buruk


Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Maidah:5)

Syaitan sentiasa memandang baik atas perbuatan zina....lelaki semakin berasa bernafsu sekirannya perempuan itu bukan isterinya yang halal....lebih-lebih lagi perempuan itu bini orang...fuh..bukan main sedap / berahi lagi main dengan bini orang...tak kira tempat kotor, jijik manakala mata-mata pandangan sinis masyarakat di anggap satu mata kebanggaan pada sipenzina....

Merekalah raja di dunia ni....raja yang bebas melakukan maksiat sesuka hati mereka....tampa memikirkan tugas utama mereka diciptakan di dunia ini....

Sekirannya perempuan itu bukan bini orang, sangat rela dijadikan sebagai perempuan simpanan tetap...kalau kita gelarkan mereka sebagai perempuan murahan/simpanan/stok pakai buang...tahu pula rasa hina dan marah...tapi itulah hakikat mereka yang masih lagi tidak mahu sedar....

Allah jadikan kita sebaik-baik makhluk, dan DIA mahukan kita letakkan diri kita ditempat yang terbaik...bukan hina seperti stok lampin pakai buang...dia mahu kita (perempuan) diletakkan ditempat yang mulia, diberikan hak, diberikan nafkah zahir dan batin...mengapa perlu bersusah payah dan letakkan diri kita dilembah yang hina?

Mengapa masih ramai perempuan yang suka bersusah payah? Maksud aku bersusah payah mahu menggantikan tempat lelaki sebagai pemberi nafkah! bukankah itu sudah menjadi tugas lelaki? Dahla badan korang dianggap seperti kain buruk, dan kain buruk itu jugalah digunakan oleh lelaki untuk mengelap kepentingan diri mereka.....sedarlah wahai perempuan zina...jangan jadi macam kain buruk...

Walaupun badan kau seperti kain sutera yang lembut, tapi buat apa kalau lelaki mengangap kau sebagai kain buruk? tak sayang ke pada badan sendiri yang disalah gunakan dan tidak akan dihargai oleh lelaki?

Biarkan kita jadi kain batik lama, walaupun tak selembut dan secantik kain sutera, tapi tak pula di anggap seperti kain buruk...akhirnya kain itu jugalah yang akan digunakan sebagai penutup jenazah yang dianggap paling berguna dan mulia di sisi lelaki dan orang ramai....

1 comment:

Syuhada Anuar said...

Ya Allah,zina itu ibarat racun dlm diam..SubhanaAllah..syukran kongsi kan maklumat yang amat2 berguna ini..Salam=)