Thursday, May 26, 2011

Satu Pengabdian Hamba


Di dalam kesunyian
Angin sejuk yang menyucuk
Telapak-telapak kaki yang sejuk
Aku berselimut dalam telekung
Mengabdikan diripadaMu
Ya Allah
Kekasihku yang ku rindu
Aku sedar diriku tidak semulia hamba-hambaMu yang suci
Diriku penuh dengan titik noda hitam atas dosa yang pernah aku lakukakan
Walaupun aku cuba sedaya upaya untuk membuang noda hitam itu
dan menyucikan diriku
Aku masih lagi tidak mampu menanggalkan kesemua kotoran
Kotoran yang berbau busuk, hancing
Akibat kejahilan kesombongan dan kebodohan aku
Ya Allah
Dengan namaMu yang Maha Pengasih dan Suci
Terangilah diriku dengan cahaya kesucian dan kebenaran
Bantukanlah membuang sisa-sisa noda hitam busuk yang masih melekat di hati dan sanubariku
Ya Allah
Ampunlah daku
Hanya padaMu aku mengabdikan diriku
Pandanglah aku dengan rahmatMu yang Maha Agung
Dekatilah aku dengan sedekatnya
Kerana kau sahaja tempat berharap dan bergantung untuk meneruskan kehidupan yang panjang dan perit ini...
Mahu saja aku berlari keluar
Tapi di mana selain dari jalan Mu yang lurus...

No comments: