Friday, June 17, 2011

Padang Mahsyar Datang Menjemput


Bila Israrfil datang meniup
Wahai nyawa yang telah keluar dari badan
Tulang-tulang yang telah reput luluh
Tubuh yang telah buruk
Urat yang telah putus berkecai
Kulit-kulit yang telah pecah hancur
Rambut-rambut yang luruh

Bangunlah
Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukum Allah
Allah yang akan menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja

Dengan sentakan
Manusia dengan tiba-tiba tegak bangun berdiri dengan sendiri
Dilihatnya di langit, masih lagi berjalan-jalan bebas
Dilihatnya sekeliling bumi
Putih tiada tempat untk menyembunyi
Dilihatnya bintang
Semuannya berkumpul di suatu kawasan
Dilihatnya matahari
Sungguh hilang pudar cahayanya
Dilihat laut
Terdapat api yang bernyala-nyala di permukaannya

Tiba-tiba
Malaikat Zabaniah muncul di hadapan mereka
Tahulah manusia
Inilah masanya hari seperti yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya
Kuburan bergerak-gerak
Manusia keluar tampa berpakaian apatah lagi berkasut
Tiada seurat benangpun yang bertaut
Dipandang sekeliling melihat manusia yang lain

Di Padang Masyar ini
Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman
Ada yang buta mata kerana keterlaluan didalam menghukum manusia
Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan (taksub) dengan amalan yang mereka lakukan.
Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan. ( Ulama cari makan!)
Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari dibelanjakan ke jalan Allah.
Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai didalam sembahyang)
Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini semasa di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang begini suka berbohong dalam perniagaan.
Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.
Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu semasa hidup teramat malas mengucap dua kalimah syahadah.
Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Wahai manusia
Insaflah
Bertaubatlah
Bersegeralah melakukan amalan kebajikan
Buat bekalan di akhiarat kemudian
Semoga kita berada di kalangan
Orang-orang yang saleh
Yang sentiasa berada dalam kemenangan
Di dunia dan Di akhirat