Monday, June 13, 2011

Kehebatan Al Quran


Al Quran
Kau penuh dengan mukjizat
Diturunkan dari langit ke tujuh
Dari Ilahi
Diiringi dengan beratus ribu khadam
Terdiri dari malaikat dan maklukMu yang gaib
Di suatu malam yang baik dari seribu bulan
Di suatu malam yang penuh dengan peristiwa gaib
Israk dan Mikraj
Terpancar dari mulut kekasihMu Muhamad saw

Ayat-ayatMu yang terlalu suci
Terdiri dari kalimah Tuhan itu sendiri
Tiada yang bercampur hanya yang asli
Penuh dengan hikmah tersembunyi

Al Quran
Dirimu yang mulia diturunkan ke bumi
Untuk makluk Tuhan yang paling mulia
Bernama manusia
Penyuluh mereka dalam kegelapan
Menerangi jalan-jalan gelap
Menyinari roh-roh yang gersang

Kaulah pengubat rohani dan jasmani
Kaulah pengubat penyakit mental
Kaulah benteng pertahanan musuh

Betapa hebat kalimah Al Quran
Tidak siapapun yang dapat menandinginya
Walaupun disuruh seluruh cendikiawan hebat dan terulung
Terdiri dari manusia, jin dan malaikat
Tidak akan dapat terbuat walaupun sepotong ayat

Alif Lam Min....
Nun...
Demi pena Allah
Tiada siapa yang tahu maksudnya
Namun begitu hebat keberkesannannya
Hingga bisa meruntuhkan hati-hati jin yang durjana

Al Quran
KalimahMu terlalu berat
Penuh dengan hikmat

Iqrak!
Bacalah dengan nama Tuhan
Bacalah perlahan-lahan
Sehingga tertusuk masuk ke jantung
Sehingga tersesak nafas kerana kegerunan
Sehingga bisa meruntuh jiwa
Sehingga bisa menitiskan air mata

Kerana
Walau gunung-gunung yang besar dan hebat
Tidak mampu menanggung bebanan ayat Al Quran
Hampir gegar dan runtuh tatkala diperintahkan
Kerana kegerunan dan ketakutan
Hanya manusia saja sanggup dipertanggungjawapkan
Manusia saja yang dapat membacanya
Demi mengangkat kalimah-kalimah Tuhan

Bacalah...
Rasailah keagungannya
Penuhilah roh dengan kalimahNya
Nescaya cahaya dan kebenaran itu bisa menyuluh
Khadam-khadam ayat al quran sentiasa turut dan patuh
Pada manusia yang sentiasa basah bibirnya
Membaca berzikir dengan ayat-ayatNya
Mintalah apa sahaja
Khadam itu bisa tunaikannya
Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa
Kerana Tuhan tidak pernah memungkiri janjiNya

No comments: