I love anything related to art, painting, graphic design, Khat drawing, acting, composing video, lyrics and music.....
Friday, June 3, 2011
Demi Seorang Pencinta Pada Cinta yang Agung
Subhanallah,
Walhamdulillah
Walalilla....ha illallah
Wallahhu akhbar
Zikirku untukMu
Memuji hanya diriMu
Mengagungkan hanya padaMu
Memuliakan hanya untukMu
Ya Rabbi
Demi titisan air mata yang jatuh ke bumi
MengingatiMu
MerinduiMu
Demi tangan yang menadah ke langit
Memohon padaMu
Kau bebaskan aku dari belenggu dosa-dosa silamku
Yang sentiasa mengamit fikiranku
Yang menyelebungi aku dengan rantaian api hitam
Bersama jin dan syaitan dan iblis laknatullah
Yang menghalang doa-doaku naik ke langit ke tujuh
Yang menghalang aku dekat padaMu
Ya Allah
Ya Rabbi
Ya Ghaffar
Ya Aziz
Zikirku padaMu
Lepaskan aku dari kurungan hitam ini
Bukakanlah rantaian ini satu persatu
Aku sedar atas dosa-dosa silamku
Atas segala kesalahanku
Tiada kau bebaskan dengan satu dosa selain dari pembalasan kifarah
Itu sudah janjiMu
Demi agamaMu yang suci
Kifarah sebagai pehapus pencuci dosa
Terdiri dari perasaan takut
Kesakitan jasmani dan batin
Penyakit
Ya Allah
Sekirannya kifarah ini
Dapat mendekatkan diriku padaMu
Aku redha atas pembalasan aku
Sekirannya penyakit-penyakit yang ada dalam jasadku ini
Dapat mencuci segala dosa-dosa dan kesalahanku
Aku redha dan terima dengan seikhlasnya
Demi cintaku padaMu
Demi cinta yang agung
Sanggupku redah, dan aku tempuh
Kerana aku ingin memandang wajahMu
Ya Allah
Kerana kau tidak akan memandang wajah yang jijik
Wajah yang penuh dengan hasad, dengki, bongkak dan amarah
Kerana kau tidak akan menghidu jasad yang busuk
Busuk kerana makanan-makanan yang haram dan mulut yang busuk kerana fitnah dan umpat
Kerana kau bencikan pakaian yang kotor dan memualkan
Kotor akibat dosa-dosa besar yakni penzinaan, derhaka pada orang tua, pembunuh, perompak dan seangkatan dengannya
Oleh itu
Bersihkanlah diriku
Kerana aku sudah insaf dan bertaubat padaMu
Kifarahlah aku sekirannya itu dapat menebus segala dosa aku di dunia
Demi seorang pencinta pada cinta yang Agung
DemiMu Ya Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment