Wednesday, June 15, 2011

Getaran Roh Manusia


Wahai Roh
Sedikit yang kuberitakan tentang kau
Namun, terlalu banyak misteri yang tersembunyi
Tuhan mahu aku mengenal diri mu sendiri
Tuhan biarkan aku mencari diri ku sendiri
Dalam diri ku ada diri mu
Dalam diri mu ada diri ku
Tertusuk dalam sedalam-dalamnya
Di Qalbu

Kaulah nadi yang berdenyut
Jantung yang berdegup
Darah-darah yang mengalir di setiap pembuluhku
Adalah kamu
Kau tidak ku nampak
Walaupun ku gunakan apa saja teknologi terkini
Kerana kau adalah gaib di pandangan mata
Tetapi kau ku rasakan ada
Ya! Kau ada!

Mengapa...
Ku rasakan diriku kenyang di perut
Tapi kosong di hati
Ku rasakan diri ku sempurna di cermin
Tapi cacat di hati
Ku rasakan diriku sihat walafiat
Tapi ku rasakan ada kepedihan di sudut hati

Roh
Ku biarkan kau gersang kehausan
Ku biarkan kau menangis kelaparan
Ku biarkan kau menderita sengsara
Ku tidak peduli
Kerana kau ku rasakan jauh
Kerana kau ku rasakan tidak pernah wujud dalam diriku

Malapetaka datang menimpa
Ujian Tuhan datang menjelma
Kerana sudah menjadi takdir dalam diari manusia
Kepada manusia terpilih

Roh kau datang mengetuk
Tok! Tok! Tok!
Berikan aku makanan...
Siapa kau?
Siapa kau dalam diriku?
Aku bertanya?
Siapa diriku?
Untuk apa aku diciptakan?

Sinaran cahaya datang menyuluh
Di tengah kegelapan yang suram
Tatkala segala persoalan bermain difikiran
Zikurallah tiba-tiba terkeluar dibibiran
Oh! Tuhan
Allah, Allah, Allah
Setiap nafas ku tersebut namaMu

Roh
Maafkan aku
Aku terlupa makanan kau
Aku terlupa dirimu yang ada pada diriku
Aku terlupa kau memerlukan Tuhan
Aku terlupa saat aku dilahirkan
Kau sudah bersaksi atas nama Tuhan
Tiada yang lain hanyalah Tuhan yang Esa

Roh
Kau dan Tuhan tidak boleh dipisahkan
Kau memang memerlukan Tuhan
Tuhan yang berikan kau makanan dan minuman
Tuhan yang berikan kau kehidupan
Selagi kau masih mengingati Tuhan
Selagi itu kau Ruh akan sentiasa hidup
Walaupun dengan kegersangan, kehausan dan kelaparan

Sekirannya terpisah
Matilah rohani manusia itu
Tiadalah pedoman
Tiadalah peringatan
Tiadalah sinaran
Tiadalah nikmat kehidupan
Tiadalah merasakan nikmat kesyukuran
Tiadalah merasakan nikmat keredhaan

Ya ada hanyalah nafsu
Yang tidak pernah pernah puas dengan yang satu
Tidak pernah puas walaupun dengan segunung emas
Tidak pernah puas walaupun dengan nafsu seks yang berahi
Walaupun diberikan dengan sejuta perempuan atau lelaki cantik dan tampan
Kau tidak akan pernah puas
Hidup kau akan sentiasa kosong
Hinggalah kau dibangkitkan dalam alam perhitungan
Ruh yang akan diseksa
Ruh yang akan menderita

Berzikirlah dengan nama-nama Tuhan
Berikanlah roh kamu makanan
Kasihanilah roh yang kegersangan
Jangan biarkan mata mengabui segalanya

Tutuplah mata kau
Rasailah kegetaran roh
Masukkanlah Tuhan sedalam-dalamnya
Tiap kali menarik nafas
Duduklah diam dalam kesepian
Tahankan nafsu kau
Biarkan roh itu datang mengetuk
Dalan pencarian dirimu dalam rohmu sendiri

No comments: