Friday, June 24, 2011

Perempuan Berzina Bertaubatlah


Setiap 15 minit ada sahaja mangsa penceraian di kalangan orang-orang Islam di bumi yang bertuah ini....
Setiap 15 minit dalam setiap malam beratus yang berzina di bumi Allah ini

Wahai perempuan penzina
Jangan jadikan nafsu itu Tuhan kamu
Jangan diikutkan sangat perangai orang kafir
Sedarlah kamu orang sudah dimuliakan oleh Allah
Insan yang terpilih untuk masuk ke syurganya
Sedarlah nikmat iman itu amat berharga
Jangan kotorkan dengan maksiat dan dosa
Budaya orang kafir itu bukanlah Islam
Jangan samakan diri kau dengan mereka
Sesungguhnya zina itu adalah dosa besar

Janganlah mengajak lelaki pada berzina
Kasihanlah pada mereka
Jangan kau tarik mereka ke lobang neraka
Nafsu lelaki hanya satu yakni perempuan
Beristiqfarlah wahai perempuan penzina
Tutuplah pakaianmu dengan sempurna
Jangan didedahkan untuk mengoda lelaki
Tutuplah kaki kau yang gebu
Tutuplah dada kau yang cantik
Tutuplah rambut kau yang menawan
Simpanlah kesemuanya pada suami

Banyakkan buat kebajikan dan amalan
Banyakkan zikurallah dan ingatlah pada Tuhan
Nescaya terhapus segala noda yang membelenggu diri
Bertaubatlah sebelum nyawa berada di kerongkong
Tak terfikirkah kalian kalau Tuhan menarik nyawa tatkala kamu berzina
Di mana akhirnya nyawa kalian kalau bukan ke neraka?
Belum sempat kalian ke neraca pengadilan
Bau mayat kalian akan menjadi busuk
Kemaluan kalian akan digigit oleh kala jengking yang amat berbisa
Pedih menusuk dengan kesakitan dan seksa yang amat dasyat

Waktu kalian dikafankan
Terbukalah aib kalian yang selama ini dirahsiakan
Tubuh yang montok dan gebu menjadi layu kaku
Rambut kamu yang lembut luruh dan tidak bermaya
Kemaluan kamu penuh berlendir dan bernanah
Seluruh tubuh berlebam kesakitan
Busuk!!!!!
Sungguh Busuk!!!!
Jijik!!!
Sungguh Jijik!!!
Waktu itu tiada makna untuk bertaubat
Kalaulah dapat kembali ke dunia
Hanyalah harapan kosong
Semuanya sudah terlambat...

Sedarlah
Rasa kesedapan itu hanyalah sementara
Kerana segala nikmat dunia ini adalah sementara
Akhirat adalah tempat kita
Kekal abadi lamanya

Lawan perasaan cinta kalian pada lelaki
Lawan kesemua nafsu kalian
Kesemua itu adalah satu ujian dari Tuhan
Menentukan siapakah antara hamba-hambaNya yang terpilih

Ingatlah janji Allah itu benar
Tidak akan berkahwin perempuan penzina kecuali dengan lelaki penzina
Lelaki jahanam dan curang
Jangan sesekali mencabar kuasa takdir Tuhan
Ingatlah Tuhan yang menciptakan manusia
Dia Maha Mengetahu atas segalanya
Kita hanyalah hambanya
Insafilah diri
Tidak pernah ada cinta dan pengorbanan yang suci dan agung
Jangan sesekali serahkan cinta dan pengorbanan pada lelaki
Serahlah pada pemilik yang sebenar
Allah yang Maha Esa...

No comments: