I love anything related to art, painting, graphic design, Khat drawing, acting, composing video, lyrics and music.....
Saturday, June 18, 2011
Terima Kasih Ayah
Wahai Ayah
Kaulah korban dalam keluarga
Kerja utamamu adalah pencari rezeki
Rezeki yang halal itu sukar dicari
Maka sebab itu tugasmu bukanlah senang
Wahai Ayah
Aku sedar pengorbanmu pada keluarga
Kau tunjang dan ketua keluarga
Kalaulah tiada ketua
Ahli keluarga mudah keluar dari landasan agama
Mudah terpesong
Mudah pula melakukan maksiat dan bencana
Segala masalah di dunia
Berpunca dari keluarga
Keluarga yang cacat dan songsang
Harapkan pagar
Pagar makan padi
Haruan makan anaknya sendiri
Apalah nasib anak-anak tampa ketua yang beragama
Apalah nasib hidup mereka bila mereka dewasa
Mampukah mereka menjalani kehidupan seperti biasa
Sudah tentu tidak
Wahai ayah
Aku bersyukur atas pemberianmu
Terima kasih
Kerana telah mengenalkan aku pada Tuhan
Kerana telah bersusah payah mencari rezeki yang halal
Kerana tegas dalam mendidik supaya aku sedar diri adalah hamba Tuhan
Kerana ayah telah selesai menjalankan tanggungjawap Tuhan
Al fatihah pada ayah-ayah yang telah pergi meninggal dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment