Pernahkah kita memokus pandangan kita pada gerak bahasa badan seseorang?
Bagaimanakah lagak gerak bahasa badan kita apabila berdepan dengan seseorang?
Bagaimanakah persepsi orang terhadap kita?
Dahulu, saya kerap kali bertanya pandangan orang lain terhadap diri sendiri. Saya berpendapat kita sukar untuk menilai diri sendiri, oleh itu orang lain akan dapat memberikan persepsi yang sebenar tentang diri saya sendiri.
Soalan-soalan yang sering ditanya oleh saya pada masa itu:
“Awak rasa saya ni jenis yang macammana ya?”
“Awak rasa selesa tak berkawan dengan saya?”
“Apa pandangan awak pada saya, bila kali pertama kita berjumpa?”
“Awak rasa saya ni cantik ke menarik?”
Setiap kali soalan-soalan yang saya tanya, tampa saya sedari kebanyakannya banyak memihak pada apa yang saya ingin dengar. Tetapi, saya tidak sedar soalan-soalan tersebut dapat memberikan impak yang negatif atau persepsi yang negatif terhadap diri saya kembali. Orang akan mengangap “Biasalah perempuan, suka kena puji aja….”
Akhirnya, saya sedar saya yang lebih arif tentang diri saya berbanding dengan orang lain. Orang lain akan memberikan jawapan yang kita inginkan tetapi memyembunyikan jawapan-jawapan yang kita tidak inginkan. Namun, kita tidak boleh membohongi diri kita sendiri. Setelah mengkaji faktor-faktor keturunan dan persekitaran di tempat yang pernah saya belajar dan bekerja, saya merasakan lebih mengenali diri sendiri.
Saya ingin berkongsi sedikit tips yang boleh membantu kita untuk mengenali diri kita dengan lebih mendalam.
1- Ambil pen dan kertas
2- Bahagikan pada dua bahagian – persekitaran (environment) dan keturunan (heredity)
3- Catitkan segala kenanangan dan memori yang paling kita ingati pada kedua-dua bahagian tersebut sejak 20 tahun yang lampau.
4- Gunakan video recorder untuk membaca segala kandungan isi tersebut.
5- Setelah siap, mainkan video untuk melihat gambaran sebenar tentang diri kita.
Pertama kali saya buat, saya rasa terkejut dengan penampilan diri saya sendiri. Saya dapat banyak informasi tentang gerak bahasa badan saya setiap kali saya bertutur kata. Setiap butiran kata dan nada bunyi juga saya kaji untuk mendapat gambaran sebenar tentang diri saya. Setelah mengkaji, saya terkejut yang saya menampakkan gaya menggoda bila berkata-kata! Eishhh…… rasa macam tak percaya pula.
Anda semua juga boleh mencuba. Awas, jangan buat di khalayak ramai. Kalau tidak, anda akan di hantar ke pusat permulihan mental.

No comments:
Post a Comment