I love anything related to art, painting, graphic design, Khat drawing, acting, composing video, lyrics and music.....
Tuesday, June 14, 2011
Wahai Lelaki Peragut, Pencuri, Perompak
Wahai Lelaki
Peragut, Pencuri, Perompak
Bertaubatlah kalian
Bangkitlah dari rasukan syaitan
Tariklah nafas
Sebutlah nama Tuhan
Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sesungguhnya perbuatan kalian adalah dosa besar
Seluruh makhluk di bumi dan langit mengutuk
Melaknat, Mencaci dan Menghina kalian
Mengapa perlu meragut?
Mengapa perlu mencuri?
Mengapa perlu merompak?
Mengapa tidak kamu bersyukur atas pemberianNya
Mengapa tidak kamu redha atas segala takdirNya
Wahai Lelaki Durjana
Lelaki Syaitan
Sedarlah dari rasukan jin, iblis laknatullah
Sebutlah kalimah Lailaha ilallah
Bertaubatlah sebelum tiba ajal
Berselawatlah pada nabi muhamad
Nescaya kalian mendapat syafaat dan berkat
Rezeki yang haram itu tiada keberkatannya
Nescaya kalian tidak akan terasa kenikmatannya
Rezeki yang haram itu hanya sementara
Nescaya kalian akan nampak ia hilang dengan cepatnya
Nescaya kalian terus dilanda dengan pelbagai dugaan
Kepala kamu akan terus bersebut dan kusut
Tidak pernah akan ada ketenangan
Kerana di setiap darah yang mengalir itu
Datangnya dari rezeki yang haram
Sungguh busuk bau nafas kalian
Sungguh kotor darah kalian
Sungguh jijik makanan kalian
Sungguh hodoh pakaian kalian
Kerana tiada keberkatan
Akhirat nanti tangan dan kaki menjadi saksi
Atas segala perbuatan yang keji
Tiada tempat untuk bersembunyi
Tiada semak, hutan dan belukar
Semuanya rata dan putih belaka
Ingatlah segala harta itu akan dituntut
Selagi mereka tidak meredhai kalian
Selagi itu kalian tidak akan terhidu
Bau syurga yang harum menwangi
Bertaubatlah sebelum terlambat
Sebelum nyawa di hujung tanduk
Sebutlah kalimah Allah sebanyak-banyaknya
Sucikan dirimu yang kotor dengan air wuduk
Bentangkan sejadah
Sujudlah pada Allah
Hanya Dia yang dapat membantu
Persaksikanlah hanya Dia yang Satu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment