Sunday, November 4, 2012

Dengar Laraku...



Kadangkala aku terus terkeliru dalam kekusutan dan kekeliruan
Mencari dan mengenal diriMu Ya Tuhan
Sekirannya kau menilai aku dengan segala ibadahku
Semata-mata kerana pahala campakkan aku ke neraka
Kerana aku tidak ikhlas
Sekirannya kau dapati aku melakukan segala kebaikan ini
Demi cintaku padaMu
Maka berikan aku peluang walaupun sesaat tuk menatap wajahMu
Ku tahu tempat yang terbaik itu adalah untuk hambaMu yang terbaik
Hanya mereka yang terbaik dapat menatap wajahMu
Sepertimana bulan yang terang di waktu malam
Namun, aku tak seperti mereka yang terpilih
Tangan, Mata, Mulutku tidak berhenti melakukan dosa dan noda
Aku tidak mampu menjadi yang terbaik
Aku hanya mampu berusaha tuk jadi terbaik
Wahai Tuhanku
Dengar laraku, hati ini memanggil namaMU
Ketahuilah seluruh hati dan jiwaku hanyalah milikMU
Hanya kau saja yang bertahta di lubuk hatiku
Jangan kau hapuskan rasa cintaku padaMU
Kerana dengan cintaku ini saja aku terus dapat bertahan dan hidup
Di dunia yang penuh dengan ranjau dan dugaan
Kau sudah tetapkan di mana aku akan berada di syurga atau di neraka akhirnya
Kau jadikan ianya rahsia
Sekirannya nerakalah akhirnya tempatku
Kau jadikan cintaku sebagai benteng penghalan tuk aku ke sana
Akhirkan aku di kalangan orang-orang yang terpilih
Di kalangan mereka yang mencintaiMU dan mendambakanMU
Kerna aku ingin bersamaMU
Ya Tuhanku...


No comments: