I love anything related to art, painting, graphic design, Khat drawing, acting, composing video, lyrics and music.....
Friday, May 20, 2011
Luahan hati seorang penderhaka
Selalu kusakiti engkau dengan dosaku
Selalu kusakiti engkau dengan kejahilanku
Ku balas segala kebaikan dengan kekurangan
Selalu kutinggalkan engkau dengan khilafku
Selalu kutinggalkan engkau dengan egoku
Selalu kutinggalkan engkau dengan marahku
Ku balas segala kemurahanMu dengan keburukanku
Ku balas segala kenikmatanMu dengan angkuhku
Tiada pernah ku menyedari
Bahawa setiap nafas yang kuhirup adalah kuasaMU
Tiada pernah ku menyedari
Bahawa setiap degupan jantungku adakah kerana rahmatMU
Hanya padaMu aku berserah
Setelah hati ini hancur akibat durjana nafsuku sendiri
Hanya pada Mu aku kembali
Hanya pada Mu cinta yang sejati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment