Sunday, May 29, 2011

Aku hanya mampu menjadi seorang perindu padaMu


Ya Rabbi
Setiap detik masa berlalu
Aku sentiasa mendambakan kasih sayang kau
Ya Allah
Setiap detik masa berlalu
Semakin dekat menghadapi ajalku
Semakin dekat aku menghampiri kematian
di dunia fana ini...
Aku mengharapkan Ya Allah
sekirannya aku dapat melihat wajahMu
dari mataku yang kabur ini...
Aku mengharapkan Ya Allah
sekirannya aku dapat mendengar kata-kataMu
dari telinga aku yang pekak ini...
Kerana
Aku amat merindukan kau Ya Allah
Sekiranya ditakdirkan aku tidak layak ke syurgaMu
Sudilah kirannya kau benarkan aku melihat kau
Aku sedar diriku ini tidak layak menjadi kekasih kau yang suci
Sesuci nabi-nabi, rasul dan wali-wali Mu yang mulia
Aku sedar diriku hanyalah hamba biasa
Yang tidak tahu akhirnya aku di mana...
di syurga atau di neraka...
Aku tidak mampu menjadi seorang yang suci dari dosa dan noda
Aku hanya mampu menjadi seorang perindu padaMu yang setia
Ya Allah..

1 comment:

puteri sayang said...

As Salam....hati sy berdetik begitu juga airmata ini....hanya padamu Ya Allah ku memohon dan meminta....berikanlah aku kekuatan dan keimanan serta kesabaran untuk ku meneruskan hidup ini....hanya padamu jua ku berserah dan padamu jua ku meminta pertolongan..... jika dikau(Ya Allah) sudah temui adam untuk ku,kau ketemukan lah ia dengan ku....AMIN....