Monday, May 30, 2011

Luahan Rinduku pada Rasulullah saw


Ya Rasulullah...
Selawat aku untukmu
Walaupun aku ditakdirkan tidak dapat melihatmu
Aku sentiasa merindui kau
Ya Rasulullah...

Aku ditakdirkan hidup di zaman Dajjal
Aku ditakdirkan hidup di zaman yang penuh dusta
Kalau kau ada untuk menerangi kami
Ya Rasulullah...
Nescaya bumi ini kembali bercahaya

Namun terlalu banyak tempat yang gelap gelita
Dipenuhi dengan ifrit, jin dan iblis
Yang sentiasa menghasut, memujuk nafsu yang bergelora
Supaya aku keluar dari landasan ajaranmu
Ya Rasulullah...

Kadang-kala aku sudah tidak tahan dengan mereka
Kadang-kala aku sudah hampir putus asa
Kesakitan, kepedihan akibat syaitan durjana
Yang kami dibutakan untuk melihat mereka

Ya Rasulullah...
Aku tahu rohmu sentiasa berada di udara
Aku tahu kamu sentiasa memerhatikan penghuni bumi
Aku tahu kamu sentiasa kasihankan kami yang berat diuji

Ya Rasulullah ...
Hanyalah syafaatmu dapat kami melepaskan diri dari siksa neraka
Selawat ku untuk mu
Salam ku untuk mu
Sedekah ayat-ayat suci ku untukmu
Terimalah
Ya Rasulullah...
Terimalah hadiahku dan selawat ku padamu
Walaupun tidaklah seberapa sedap
Kerana diri aku yang sentiasa lalai
Namun
Jauh di sudut hati
Aku tetap ingin berjumpa dengan mu
Kerana rindu ku
Kerana cinta ku
Sungguh aku rasa teruja
Sungguh berdebar rasanya
Untuk berjumpa dengan mu
Sudilah kirannya
Ya Rasulullah
Bertemu denganku
Sekirannya tidak dapat melihat mu dalam mimpiku di dunia
Sudilah berjumpa dengan ku
Di akhirat kelak...
Walaupun hanya sementara
Sudilah berjumpa dengan ku
Kerana cinta dan rinduku
Padamu tidak akan pernah padam
untuk selamanya...
Doaku pohon semoga
Rohmu sentiasa berada di maqam yang tertinggi
Bersama dengan haruman yang penuh suci mewangi
Kerana kau sungguh terpuji

No comments: