Friday, May 2, 2008

Bagaimana Untuk Berfikir Secara Kritis?

Critical Thinking Analysis

Semasa saya pergi ke satu seminar, terdapat kumpulan praktikal terdiri daripada dua orang project manager, operational manager, enterprenuer, oil and gas seniour manager. Mereka ditugaskan untuk menbina sebuah prototype penahan telur dari yang akan dilemparkan dalam ketinggian 3 meter dengan menggunakan sebungkus straw. Setelah diberikan masa selama 10 minit, dan masa kecemasan selama 5 minit, akhirnya mereka dapat membuat satu prototype tersebut. Namun, apabila telur itu dilemparkan, ia pecah! Maksudnya mereka semua gagal dalam menghasilkan prototype penahan telur tersebut.


Kemudian , saya mencuba praktikal tersebut pada students saya yang berumur linkungan 20 tahun yang tidak ada pengalaman bekerja langsung dan saya jadikan sebagai salah satu ujian bagi tujuan motivasi. Mereka dipecahkan pada 2 kumpulan. Kali ini saya saya terangkan proses pemikiran kritis dan kreatif (critical thinking anlysis). Surprise! Akhirnya kedua-dua kumpulan itu berjaya melaksanakan prototype yang dapat menahan telur dari pecah. Setiap kumpulan hanya terdiri dari 2 orang. Maksudnya hanya ada 2 sumbangan idea berbanding dengan kumpulan genuis dan expert yang mempunyai 4 orang ahli dan pengalaman bekerja lebih dari 7 tahun.


Of course! Setelah menjalankan ujian pada prototype tersebut, setiap kumpulan akan menerangkan dan mengaitkan experiment tersebut dengan falsafah-falsafah kehidupan dan dunia perniagaan. Masing-masing dapat memberikan idea da kesimpulan yang mempunyai kualiti yang lebih kurang sama.


Saya pun terus memuji pelajar-pelajar saya, dan tunjukkan video prototype yang terdiri dari kumpulan genius dan expert yang gagal. Mereka pun ketawa!


“Ha! Ha! Ha! Engineer pun bodoh!”

Apa kesimpulan yang kita boleh dapat?


Saya rasa tampa mengetahui teknik dan teori berfikir dengan betul, expert pun boleh gagal!
We need people who can see straight ahead and deep into the problems. Those are expert. But we also need peripheral vision and experts are generally not very good at providing peripheral vision. (Alvin Toffler)
Expert May not be right. (Aryana)

1 comment:

Unknown said...

critical thinking n experience is two different things....

think about it...

its all about the test....