Friday, August 12, 2011

Selamat Datang Ramadhan


Ramadhan...
Kau datang menjelma
Bersyukur aku masih lagi dapat merasainya
Tatkala aku masih lagi berada di dunia
Pintu taubat terbuka dengan seluasnya
Bulan ini sungguh bermakna dan ditunggu-tunngu
Bagi mereka yang ingin menyucikan diri dari belenggu dosa

Sungguh Kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Kau berikan peluang untuk ku menebus kembali dosa-dosa silamku
Dosaku pada manusia yang tidak mahu mengampunkan
Dosaku yang aku sengajakan dan tidak aku sengajakan
Dosaku padaMu yang Rabbi...
Sungguh banyak tidak terbilang...
Ku sedar neraca amalan ku berat ke neraka

Namun aku bersyukur kau berikan aku Ramadhan
Untuk menebus kembali segala dosa-dosa ku
Segala bentuk amalan walau sebesar zarah akan dilipat gandakan ganjaran
Sungguh sekirannya manusia itu nampak pintu syurga sungguh dekat di depan mata
Maka tidak akan mampu memejam mata untuk beribadah dan berbuat kebajikan semata-mata
Sungguh benar kata-kataMu
Namun hanya manusia yang terpilih sahaja yang dapat merasai kenikmatan Ramadhan
Hanya manusia yang bersunggguh-sungguh beribadah mampu merasai betapa harum bau syurga

Ya Allah
Tidak ku pinta syurga atas segala amalanku
Namun aku tidak sesekali mampu mengharungi neraka walaupun sesaat
Aku memohon agar segala amalan ku diterima naik ke tingkat langit yang ke tujuh
Aku memohon agar segala kesalahan dan dosa-dosaku yang lalu dapat tertimbus dengan amalanku yang sedikit di dalam Ramadhan
Aku ingin melahirkan diriku semula menjadi golongan-golongan hamba-hambaMu yang saleh dan terpilih
Aku ingin neraca amalan ku lebih berat kepada amalan bukan pada kemaksiatan dan dosa
Aku ingin menjadi manusia yang lebih bermanfaat dan dimanfaati pada seluruh makhluk di dunia

Sementara aku masih lagi bernafas aku tidak akan putus asa mengharapkan keredhaanMu
Walaupun apa jua godaan dan nafsu yang membelenggu diri yang sentiasa menguji diri
Tetapkan lah imanku padaMu dalam mengharungi ujian di dunia ini
Akhirkanlah riwayatku tatkala neraca amalanku berat kepadaMu
Tatkala segala dosa-dosaku terhapus bagaikan debu yang terbangan sehingga gaib di alam nyata
Ya Allah
Rabbana aatina fid dunia hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qina azaabannar...
Berikanlah aku kebahagiaan dan kesempurnaan di dunia dan akhirat dan
Jauhilah aku azab api nerakaMu
Amin...

No comments: