Sunday, February 20, 2011

Sukarnya Menjadi Kekasih Allah

Sudah beberapa kali aku dikecewakan dengan cinta pada sesama manusia...kemudian aku jatuh cinta lagi....kemudian setelah aku curahkan cintaku, aku dikecewakan lagi...dan terus aku mencari cinta sekali lagi...dan aku dikecewakan lagi...dan begitulah...sehingga pada kali 5 aku sudah mengalah.....aku sudah berputus asa dengan cinta...ye cinta putus asa pada cinta manusia...aku mengalah dan berserah pada Allah dan redha sekirannya aku ditakdirkan olehNYa tidak akan berkahwin sehingga akhir hayat aku.....

Aku sudah rasa tawar hati pada cinta pada sesama manusia.....aku tidak mahu lagi menagih cinta pada mana-mana lelaki....aku tidak mahu memperdagangkan wajahku dan tubuh aku yang masih lagi cantik dan bergetah semata-mata untuk menawan cinta manusia...biarlah.....aku sendiri daripada menagih cinta pada manusia yang hanya bernafsu pada fizikal yang Allah berikan pada aku.....

Sememangnya wajah dan tubuh yang menarik dianugerahkan pada Allah adalah ujian yang maha hebat...sehingga sungguh sukar untuk aku mengenal lelaki yang benar-benar ikhlas mahukan diriku dan sehingga aku menjadi buta pada nilai-nilai kemanusian...dan hanya memandang dari segi harta, pangkat dan darjat dunia semata-mata....

Aku berserah....dan hanya mahu menumpukan cinta dan seluruh jiwa aku pada Allah....Itu sudah memadai....tidak mengapa sekirannya aku tidak mendapat cinta manusia...tetapi aku akan mati sekirannya Allah tidak mencintai dan mengasihi aku lagi....Betapa besar dan agungnya cinta aku pada Allah ...tidak ternilai dengan rahmat dan kasih sayang yang telah dia berikan pada aku sewaktu aku tidak mengingatiNya, aku tidak mengendahkanNya, aku ketepikan Allah dan hanya mengejar cinta yang berasaskan hawa nafsu semata.....

Ya Allah, aku tahu aku tidak mampu menjadi kekasih yang baik bagiMu.....
Aku bersyukur pada Mu kerana saat aku sudah berjumpa dengan cintaku pada Mu, saat aku sudah hilang ketagihan cinta pada hambaMu bernama lelaki...
Saat ku sentiasa mendambakan kasih MU....
Saat ku sentiasa mengharap redha Mu
Kau berikan aku seorang suami yang baik, ikhlas dan menepati segala impian yang aku inginkan...kau berikan jalan yang mudah untuk aku ke syurgaMu dengan seorang suami yang begitu taat pada perintahMu...sehingga aku rasakan aku tidak layak ...
Aku tidak layak ya Allah akan hadiah yang kau berikan padaku....
(menitis air mata...)

Kau tinggikan darjat aku, daripada seorang perempuan yang mudah ditabur dengan fitnah, noda dan dosa kau naikkan darjat aku menjadi seorang isteri...dan kau berikan segalanya keperluan yang memudahkan untuk aku hidup di dunia...terima kasih ...ya Allah...

Walaupun aku tak mampu menjadi kekasih yang baik bagiMu ya Allah...aku hanya manusia biasa yang tidak sempurna...tunjukkanlah jalan yang lurus bagi aku suami dan keluargaku...Aku redha atas segala ketentuanMu...

No comments: