Aku cuba mengimbas kembali pada saat-saat yang pernah aku lalui yang aku tidak tahu mengapa ia terjadi semuanya ada hikmah yang tersendiri....Kita hanya mampu merancang namun begitu takdir dan kuasa Allah mengatasi segalanya...
Aku teringat saat-saat aku berjumpa dengan suami aku di sebuah kafe. Pada waktu itu kami masih lagi belum bernikah. Tatkala aku menunggunya aku berkesempatan untuk membaca terjemahan Al Quran yang sentiasa aku simpan dalam handphone aku. Niat aku baik..tujuan aku berjumpa dengannya adalah untuk berbincang tentang pernikahan. Pada waktu itu suami aku mahu bernikah lepas raya, aku pulak sebelum raya, aku hampir berantakan dan tidak mahu mengalah sehingga dia akur dengan keputusan aku....Aku hampir cuba mengugut, "sekirannya awak benar-benar mahukan saya ......." alhamdulilah tidak terkeluar dari lidah aku... Aku tidak tahu mengapa aku terlalu terburu untuk bernikah dengan secepat mungkin, yelah sebab dah banyak kali dikecewakan oleh lelaki. Tiba-tiba ada suatu suara yang masih lagi aku ingat hingga sekarang yang datang dari arah kanan dia berkata "Jangan terburu-buru...." Lantas aku mengalah ...dan akur, kami bernikah lepas raya...Aku dapat rasakan suara itu datang dari malaikat...
Setelah bernikah, aku imbas kembali mengapa lepas raya? ye...ada hikmahnya yang tersendiri...yang membuatkan aku rasa tenteram yang amat dalam. Tiada siapa yang mampu berikan aku ketenteram sehebat ini....ia memberikan aku suatu petunjuk, yang hingga sekarang aku masih lagi menghargai nikmat ketenteram itu....
Maaf aku tak mampu menulis di sini mengapa....dan apa...yang telah berlaku....bermula pada bulan dua... tiga... empat... lima....enam... tujuh.... lapan.... sembilan....
Namun, apa yang penting adalah Allah lebih Mengetahui...Subhanallah..Alhamdullilah...
Bulan lapan, aku dijemput oleh Allah agar dapat ke rumahNya di Baitullah ....Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar, rancangan aku agar aku dapat pergi bersama dengan suami aku selepas bernikah...namun tidak berkesampaian....
Sekarang bila sudah berkahwin baru aku tahu....sekirannya kami mengikut perancangan aku, mungkin hajad aku untuk pergi ke baitullah tidak kesampaian....
Ada dua hikmah yang tersembunyi di situ ....aku bersyukur Allah menunjukkan aku jalan yang paling baik untukku...
Ya Allah...tunjukkanlah aku jalan yang benar yang membawa aku ke syurgaMu, permudahkanlah segala urusanku, puaskanlah hatiku dengan takdirMu....
Amin...ya rabbalalamin.....
No comments:
Post a Comment