Monday, January 10, 2011

Mengapa aku masih di sini......

Aku tidak tahu mengapa aku masih lagi bekerja di sini....aku diletakkan di tempat yang ramai orang bukan islam dan berbagai bangsa, agama dan negara yang berlainan.....Tiap kali aku mencapai hajad untuk berpindah ke tempat kerja yang pro melayu dan ramai melayu, ada sahaja halangan yang menimpa...namun begitu aku masih lagi tidak berputus asa. Namun, tiap kali aku ingin mencuba, banyak pula alasan - alasan yang remeh, dan aku menjadi semakin selesa dengan keadaan aku sekarang, gaji pula sentiasa meningkat. Syarikat pula semakin hari semakin berkembang pesat...dan mematahkan lagi hajadku untuk berpindah ke tempat yang lebih Islamik.

Mengapa aku perlu berpindah? Aku ingin lebih dekat dengan Allah, aku inginkan suasana yang lebih Islamik, supaya aku tidak banyak terpengaruh untuk memakai pakaian yang ke arah kebaratan...sentiasa berkomunikasi bersama orang2 Melayu dan suasana tempat kerja yang Islamik, tidak seperti sekarang bercampur dengan ramai orang bukan Islam, banyak juga yang aku terikut-ikut....

Aku tidak tahu mengapa......aku seperti tidak berdaya untuk mencapai hajadku itu....Mengapa niatku yang ingin berpindah ke tempat yang Islamik dan lebih Rahmat itu tidak terdaya dan tidak pernah berjaya aku capai....

setelah lama aku berfikir, tiba-tiba aku diketukkan dengan satu ayat Al Quran yang aku masih ingat tatkala aku membaca tafsirnya. Aku tidak tahu ayat yang mana...

Orang Islam itu memberikan cahaya pada orang bukan Islam yang berada dalam kegelapan, seburuk-buruk orang Islam, adalah lebih baik daripada menyekutukan Allah dan kufur pada Allah.....kerana rasullulah pernah bersabda, dosa yang tidak diampunkan oleh Allah adalah syirik, menduakan Allah, menyembah selain dari Allah...

Sebenarnya aku ditempatkan di sini, agar dapat memberikan sedikit cahaya pada orang-orang kafir yang masih lagi dalam kegelapan, kerana Allah tahu aku mampu memberikan mereka sedikit kesedaran dan menyebarkan dakwah pada mereka. Betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, orang-orang Islam yang duduk berdekatan dengan orang bukan Islam adalah satu rahmat kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya yang masih lagi tidak mahu sujud padaNya...

Baru aku tahu mengapa, bilamana orang Islam / Melayu yang bekerja bersama-sama dengan orang bukan Islam, syarikat itu bertambah maju. Sifat-sifat orang melayu juga tidak sama, mereka lebih kompetitif dan lebih bermotivasi untuk bekerja berbanding dengan syarikat yang ramai orang melayu...mungkin itu hikmahNya dan aku redha atas ketentuanNya....Alhamdullilah aku bersyukur atas rezeki yang diberikan olehNya...

No comments: