Thursday, January 6, 2011

Tangkapan Demi Tangkapan

Setiap kali tahun baru banyak betul tangkapan-tangkapan pencegah maksiat lakukan, amal maaruf nahi mungkar...semoga Allah memberkati mereka yang bertugas di pusat-pusat hiburan, hotel dalam menyedarkan insan-insan yang masih lagi leka dibuai mimpi-mimpi indah kenikmatan nafsu yang amat mengasikkan.

Bilamana aku terlihat tangkapan-tangkapan tersebut, sekirannya kita adalah antarannya, kita patut bersyukur kerana Allah masih lagi percaya pada kita yang kita dapat bertaubat tampa diaibkan di mata masyarakat. Aku faham. rasa kenikmatan berzina adalah berbeza kerana syaitan sentiasa memujuk, merayu, mengipas dan menjaga di setiap pintu-pintu yang dapat kita melihat cahaya Ilahi...syaitan akan menampakkan kenikmatan yang palsu walhal apa yang didapati adalah satu kezaliman ke atas diri sendiri.

Aku bersyukur pada Ilahi kerana selama aku di zaman kegelapan sedang meraba-raba untuk mencari cahaya petunjuk, dia tidak memalukan aku, sehingga cahaya itu datang menyelubungi diriku dan hatiku. Dan...aku berjanji demi Tuhan yang Maha Agung, sekirannya syaitan berjaya memujuk aku, laknatlah aku Ya Allah, berilah balasan pada aku di dunia ini agar dapat aku kembali padaMU.....

Bahkan Rasulullah saw. mengatakan bahwa yang paling banyak menjerumuskan manusia ke -dalam nereka adalah mulut dan faraj (kemaluan).

Sama-samalah kita menginsafi diri sendiri.

No comments: