Ada orang kata, ada baiknya kita merelakan dari berdendam dan menyimpan kesumat yang sentiasa bersarang di dada. Tetapi semua itu memakan masa, merelakan dan meredhakan atas segala kesalahan orang lain yang menimpa kita. Walaupun perit untuk ditelan, bagaikan nanah yang membeku ingin terkeluar dari tusukan kalbu. Kita terpaksa akur dan rela. Dengan cara itu sahaja kita dapat ketenangan di jiwa.
Kita juga sentiasa merasakan kita ingin tahu atas segala yang berlaku, mengapa kita diperlakukan dan dipergunakan atas niat yang tidak baik. Kita sentiasa bertanya mengapa dan mengapa? Sampai bila? Sampai kita dapat jawapan yang sebenar dari pemiliknya dan tuan empunya diri. Apakah salah kita sehingga kita teraniya? Paling perit, kita tidak dapat jawapan itu sampai bila-bila dan tiada penghujung. Perlukah kita sentiasa mencari? Adakah dengan pencarian ini dapat memberikan ketenangan di hati?
Segala persoalan akan terungkai sekirannya kita berani untuk mencari peluang dan bertindak. Tetapi adalah berbaloi dengan bayaran yang terpaksa kita terima? Adakah dapat memberikan ketenangan di jiwa? Adakah dengan merelakan lebih baik untuk kita dan serahkan segalanya pada Yang Maha Kuasa.
No comments:
Post a Comment