Kadangkala kita masih lagi terikut dengan budaya timur yang menganggap orang yang lebih tua dari kita adalah orang yang lebih berilmu, berakal dan berpengalaman. Oleh itu kita seharusnya mendengar kata-kata orang tua.
Masih lagi ingatkah kita kata-kata dari ibu atau bapa kita, “Orang tua lebih banyak makan garam, lebih berpengalaman, jadi jangan menyampuk orang tua nak cakap”.
Adakah kita masih lagi mengangap usia merupakan pengukur utama kematangan seseorang? Apakah maksud kematangan?
Kematangan boleh ditakrifkan dengan kemampuan berfikir dengan rasional, mempunyai komponen arif iaitu pandai, fikiran yang jernih (purity of mind), makrifat (ginosis), hikmah (wisdom) dan ingatan yang baik.
Bagaimana pula kita boleh mendapat kematangan? Adakah pengalaman sahaja sudah memadai? Maka orang yang lebih tua dan melalui masa-masa yang kita tidak pernah lalui adalah dikategorikan matang?
Penulis berpendapat, seseorang yang matang adalah seseorang yang dapat berfikir dengan betul lantas dapat menilai dan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya dan masyarakat. Tapi apakah pula alat untuk berfikir dengan betul?
1) Melihat sesuatu dengan konseptual iaitu secara gambaran yang besar atau menyeluruh (See the big picture)
2) Seseorang yang dapat membezakan antara hak dan batil, atau berfikir secara kritikal. Seseorang itu tidak hanya menerima idea, pendapat, teori orang lain tetapi dapat mengkritis atau membuat sesuatu inovasi terhadap idea, pendapat atau teori tersebut.
3) Melihat di sebalik sesuatu atau perkara. Seseorang itu tidak hanya memandang dalam satu aspek sahaja, malah dapat berfikir secara hikmah di sebalik yang sedang berlaku, telah berlaku atau akan berlaku.
Namun, alat untuk berfikir tidak berguna sekirannya seseorang itu kurang berilmu. Sekirannya kita seorang yang kurang berilmu, kita terpaksa membayar kos-kos kejahilan (ignorance cost) yang terpaksa kita hadapi dengan pengalaman pahit yang kita lalui.
Maksudnya, jika kita membuat kesilapan disebabkan kejahilan kita terpaksa membayar harga pengalaman yang kita lalui. Misalan, seseorang yang tidak tahu atau jahil dalam pengurusan keewangan peribadi mungkin akan terperangkap dengan bankrupsi. Jadi dia terpaksa membayar kos kejahilan tersebut.
Pengalaman pahit yang dia lalui adalah satu bentuk ilmu yang dapat mematangkan dirinya untuk membuat penilaian dan keputusan dengan lebih sempurna.
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.(39:21)
Atikel ini tidak boleh diambil tampa kebenaran penulis
1 comment:
Penulis - Atikel ini ditujukan pada kenalan saya yang sudah berumur 45 tahun - tapi perangai dan fikiran yang kolot.
Post a Comment