Thursday, March 6, 2008

Teori Komunikasi Universal

Peulis: Aryana

Komunikasi dan interaksi bagi setiap individu adalah unik dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan situasi. Walaupun manusia boleh berubah mengikut keadaan dan situasi, tahap kefahaman dan bicara seseorang bergantung kepada ilmu yang terdapat dalam dirinya.

Komunikasi dan interaksi memainkan peranan yang amat penting dalam era knowledge based economy pada masa sekarang. Seseorang yang kurang ilmu akan menampakkan pembicaraan dan tutur kata yang kurang matang, kontektual yang lemah dan membosankan.

Komunikasi dan interaksi yang menarik dapat memberikan kepuasan emosi pada pendengar dan penyampai. Oleh itu, untuk mencapai kepuasan emosi adalah sesuatu yang mencabar minda kerana interaksi dan komunikasi yang berkesan akan memberikan impak yang besar pada pendengar.

Impak-impak yang besar yang dimaksudkan adalah perubahan dalam bentuk pemikiran (thinking), perangai (behaviour) dan langkah (action). Maka, seseorang yang dapat memberikan kepuasan emosi pada seseorang akan nampak karismatik, berpengaruh dan berkuasa dalam mencorak pemikiran seseorang.

Dalam kajian teori komunikasi universal, seseorang yang lebih berilmu dapat memberikan kepuasan emosi yang lebih berbanding dengan seseorang yang kurang ilmu. Ilmu yang dimaksudkan bukanlah semata-mata berbentuk formaliti pembelajaran seperti segulung ijazah mahupun phd. Maksud ilmu adalah lebih luas merangkumi bentuk pemerhatian, pembelajaran dari pengalaman diri sendiri dan orang lain melalui proses-proses pembacaan, pendengaran, pendedahan dan pengalaman.

Maka seseorang yang melalui proses pembacaan, pendengaran, pendedahan dan pengalaman yang lebih akan menjadi seseorang yang lebih berilmu dan menarik berbanding dengan orang lain. Lantas dapat memberikan kepuasan emosi bagi pendengar yang kurang ilmu.

Manakala, seseorang yang kurang berilmu sukar untuk memberikan kepuasan emosi pada pendengar walaupun banyak bercakap kerana tidak ada kualiti dalam konteks bicara dan memberikan impak yang lemah pada pendengar.

Contohnya, seseorang yang kurang berilmu akan bercakap dalam kontek dan sempit dan menggunakan terms dan gaya bahasa pasar dan mudah. Walaupun kuantiti bicaranya adalah banyak, tapi kualiti atau mesej yang hendak disampaikan adalah lemah. Lantas memberikan ketidakpuasan dan impak minima pada pendengar.

Jika terdapat pembezaan keilmuan yang ketara (knowlegdge gap), seseorang yang lebih berilmu akan terperangkap dalam knowledge trap lalu memberontak ketidakpuasan, tekanan dan ingin melepaskan diri dari ruang lingkup pemikiran yang sempit.

Walaupun seseorang yang lebih berilmu dapat memasuki ruang interaksi dan konteks komunikasi orang yang kurang berilmu, namun ianya tidak akan bertahan lama kerana orang yang lebih berilmu akan lebih selesa bergaul dan berinteraksi dengan seseorang yang lebih kurang sama atau lebih taraf ilmu dengannya.

Teori universal knowledge ini menerangkan betapa ilmu itu adalah amat penting dalam interaksi dan komunikasi agar kita dapat sentiasa memberikan kepuasan emosi pada pendengar dan mempertahankan perhubungan antara majikan dan pekerja mahupun pasangan suami isteri. Selaras dengan tuntutan nabi agar tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat.

(artikel ini tidak boleh diambil tampa kebenaran penulis)

No comments: