Friday, September 5, 2008

Pautan Emosi


Pernahkah kita sedar yang ada sesetengah orang berkerja dengan comitment emosi yang begitu kuat. Wang ringgit bukanlah menjadi perangsang utama baginya untuk terus terus bekerja tetapi perikatan emosi dengan kerja yang dia penuh minati. Bagi sesiapa yang telah mencapai puncak perikatan emosi pada kerja adalah adalah satu anugerah Ilahi. Bekerja adalah satu ibadah dan secara langsung memberikan sumbangan yang begitu besar pada masyarakat, agama dan bangsa. Sekirannya kita dapat bekerja bukan kerana wang, tapi perikatan emosi yang dalam kita seolah-olah berada dalam alam yang begitu indah. Setiap kali bangun pagi ada saja objektif, misi yang perlu dicapai. Ditambah pula dengan kehadiran bos yang begitu perihatin menjadi pemangkin membakar semangat untuk terus berusaha semata-mata untuk organisasi yang dia bekerja. Dia mengorbankan diri semata-mata untuk mencapai misi dan objektif organisasi itu. Tidak siapa pun yang perlu memberikan arahan dan mengawasi qualiti kerjanya sentiasa. Dia sudah menjadi seorang yang “self-directed” dan “self motivated” dan mencapai kemuncak prestasi yang tinggi. Maka manusia inilah kita perlu cari. Adakah anda bekerja untuk mendapatkan wang atau terikat dengan pautan komitmen emosi organisasi anda?
Alangkah besar nikmatnya sekirannya kesemua kakitangan kerajaan bekerja bersama dengan pautan emosi yang kuat terhadap matlamat, misi dan visi negara iaitu menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang terulung di mata dunia.

1 comment:

Insan Biasa said...

Ilham atikel dan model ini datangnya dari sebuah buku yg saya baca baru-baru ni Peak Performance dari Jon R