Thursday, May 22, 2008



Saya mempunyai seorang kawan yang agak seorang yang berbeza dari orang lain dan dikategori sebagai seorang yang berjaya pada usia muda. Dia juga seorang yang rajin menuntut keilmuan hingga ke peringkat yang tertinggi dan pandai berfalsafah. Sebagai seorang sahabat, sememangnya akan berasa cemburu dengan kawan yang berjaya atas usaha titik peluh sendiri. Dengan rasa cemburu yang positif tampa ada rasa dengki dan perasaan negatif, saya bertanya pada dia.


“Bagaimana rasanya menjadi seorang yang kaya? I tak pernah rasa, mesti you akan dapat beli segala yang you inginkan…. Betul tak?” tanya saya dengan nada yang bersahaja.


“Memang betul, tetapi kalau kita mudah dapat apa yang kita ingin miliki, dah tak ada challenge dan semua itu akan rasa seperti biasa. Seperti apa yang you boleh rasa. Lagipun bukannya kita boleh gunakan segala kemewahan yang ada dengan kesemuanya. Kalau kita ada 10 juta, adakah kita akan rasai semua duit tu? Kita makan pun tak sampai sejuta setahun…”


“You rasa, adakah hardwork atau ilmu atau network yang you ada yang boleh buat you jadi kaya?” tanya saya lagi. Sebenarnya soalan itu adalah soalan provokatif kerana saya ingin tahu reaksi sebenar dari dirinya.

Dia menarik nafas sementara otaknya ligat memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan.

“Rezeki tak ada kena mengena dengan ilmu, usaha keras atau network yang kita ada. Tahu ayat seribu dinar? Barangsiapa yang bertawakal akan diberikan rezeki yang tak disangka-sangka. You kena berpegang dengan ayat tu. Ada ramai orang yang berkerja keras tapi tak dapat jadi kaya pun, ada juga orang yang pandai tapi tak pun jadi kaya. Ada juga orang yang ada ramai kawan tapi tak dapat jadi kaya juga. Rezeki itu terletak ditangan Allah, kita hanya buat apa yang terbaik dan tawakal, rezeki itu akan datang dengan tak disangka-sangka. Ada orang dah usaha keras dan jadi jutawan kemudian tak dapat merasa segala nikmat kemewahan yang ada sebab dah mati atau jatuh sakit. Ada juga orang yang kerja pun ala kadar je, tapi rezeki melimpah-limpah. Kalau you betul-betul pegang pada ayat tu, you tak akan rasa takut tuk buat sesuatu, dan tahu yang bukan manusia yang akan berikan rezeki. Maksud I, ramai orang ingat majikan, kerajaan yang bagi rezeki sebab tu ramai yang takut tuk kerja sendiri. Hanya Allah yang berikan rezeki. Kalau you dah usaha keras tapi tak dapat apa-apa, dah bukan rezeki you dan mungkin pada tempat dan masa yang lain….”


Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (63:5)

Mungkin kita boleh guna formula ini.

No comments: