Peningkatan petrol yang mendadak menjadi isu perbualan yang paling hangat di mana-mana sahaja.
“Bodohnya Pak Lah!” kata kawan serumah saya. Manakala aka pula berkata “Tula… sokong pembangkang lagi, sekarang ni semua kena rasa, apa yang pembangkang boleh buat pun?”. Ada juga sampai menyumpah dengan kata yang kesat “Pak Lah ni, aku rasa nak bunuh ja,”
Rata-rata semua orang tidak bersetuju mengeluh dengan keputusan Pak Lah menaikkan harga petrol yang menjadi pemangkin kenaikan inflasi (peningkatan harga barang dengan secara berperingkat). Mengapa sebagai pengeluar petrol, kita juga perlu terjejas? Mengapa perlu membezakan harga minyak petrol dengan Thailand, Singapura, US, UK yang bukan negara pengeluar minyak?
Siapa yang setuju dengan tindakan Pak Lah adalah diklasifikasikan sebagai orang gila yang menurut membabi buta. Eishh.. sampai begitu sekali luahan kata dari seorang insan yang bergelar manusia.
Namun, kita sebagai rakyat Malaysia yang begitu taat, tidak dapat berbuat apa-apa pada masa ini untuk menentang atau memprotes segala tindakan kerajaan yang tidak siuman.
Saya ada sedikit tips membantu mengurangkan kekusutan yang melanda di jiwa masing-masing. Ada dua pilihan bagi mengatasi masalah peningkatan harga petrol dan harga barang.
1 – Kurangkan perbelanjaan bagi mereka yang berpendapatan tetap
2 – Tingkatkan dan cari lebih pendapatan bagi mereka yang tidak berpendapatan tetap
Bagi mereka yang berpendapatan tetap, satu cara yang paling berkesan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan pembolehubah. Kurangkan membeli prepaid, kurangkan makan luar, kurangkan membeli barang-barang yang tidak berfaedah dan jimatkan penggunaan elektrik dan juga air. Ada dua jenis perbelanjaan iaitu
1- Perbelanjaan tetap (Fixed expenses)– rumah, kereta, motor, streamyx, gym, persekolah anak-anak, ibubapa
2- Perbelanjaan bolehubah (variable expenses) – bil talifon, elektrik, air, baju, kasut dan sebagainya.
Bagi mereka yang berpendapatan tidak tetap pula, cara yang paling terbaik adalah dengan berusaha lebih keras menambah pendapatan yang sedia ada dengan mencari peluang-peluang yang memberikan pendapatan yang lebih tinggi dan yang sedia ada.
No comments:
Post a Comment