Friday, June 13, 2008




Coretan saya pada kali ini adalah berkisar dengan “Mr Mama” satu sitcom drama yang disiarkan di televisyen tempatan. Jalan cerita dan skrip tidaklah begitu menarik, mengugat hati dan perasaan untuk setiasa mengikuti perkembangan drama bersiri tersebut. Namun, idea konsep ‘Mr Mama’ adalah dari Barat yang masih lagi baru di kalangan kita budaya timur membuatkan saya tertarik untuk berfikir menyelami hati dan perasaan lelaki dan perempuan yang berada di situasi tersebut. Masing-masing dapat hidup bahagia walaupun dengan tugas yang bertentangan dengan naluri dan “nature” seorang suami dan isteri.



‘Mr Mama’ adalah tentang lelaki yang menjadi surirumah manakala perempuan bekerja menampung keperluan keluarga. Walaupun saya pernah mendengar kisah seorang lelaki yang menjadi surirumah yang menjaga anak-anak manakala perempuan yang bekerja, tetapi tidak semudah itu untuk saya menerima situasi tersebut. Tidak pernah pun terlintas di fikiran saya bagaimana sekiranya saya diletakkan di dalam situasi tersebut? Namun, pada hari ini saya dapat menyelami hati seorang wanita yang murni dan tabah menjalani kehidupan sebagai seorang isteri manakala suami yang menjadi seorang surirumah.



Patutkah kita melebel lelaki tersebut sebagai seorang yang dayus? Membiarkan isteri yang lemah bekerja manakala dia duduk di rumah menjaga dan menguruskan hal ehwal keluarga?
Saya tidak pernah melebelkan Mr Mama sebagai seorang yang dayus seumur hidup saya, tetapi saya tidak dapat menerima situasi yang Mr Mama alami. Sebagai seorang lelaki yang kurniakan 10x kekuatan fizikal dan mental yang lebih dari wanita, pasti dapat merasakan dia patut menjadi seorang ketua yang memimpin keluarga yang menjadi tunggak utama ekonomi keluraga.
Namun, pada kali ini pandangan saya berubah. Saya dapat menyelami isi hati seorang lelaki yang bergelar suami yang tersepit dengan naluri dan keadaan ekonomi semasa. Memang jauh di sudut hati, dia ingin menjadi ketua dan tunggak ekonomi keluarga, tetapi disebabkan situasi ekonomi semasa dia tidak mampu berbuat apa-apa. Kita sekarang berada dalam masa dan keadaan ekonomi yang berbeza dari 20 tahun yang lampau. Sekarang kita berada dalam “knowledge based economic” sesiapa saja tidak mengira usia, tua atau muda, lelaki atau wanita dapat berada di persada dan puncak ekonomi semasa.



Tidak mustahil, situasi Mr Mama berlaku pada mana-mana keluarga. Walaupun begitu, tahniah pada Mr Mama kerana mempunyai seorang isteri yang begitu memahami. Kasih cintanya masih lagi segar walaupun dia menyedari yang suaminya tidak dapat menyara keluarga seperti biasa.

No comments: