Kita adalah insan anugerah Tuhan yang diberikan dengan segala organ sensori untuk membuat penilaian yang tepat dalam sesebuah keputusan. Segala keputusan-keputusan yang telah kita buat akan memberikan impak pada seseorang mahupun persekitaran.
Adakalanya tanggapan kita betul maka keputusan yang kita buat adalah yang baik dan adakalanya tanggapan kita salah lantas membuat keputusan yang salah.
Bagaimana caranya untuk kita membuat keputusan yang betul pada setiap masa dalam mencapai kebahagian, keharmonian dan kesenangan dalam hidup?
Kita juga bukanlah seorang nabi yang sentiasa terlepas dari membuat keputusan dan mengatur langkah yang salah dalam meneruskan kehidupan. Kita perlu akui kesilapan juga memberikan kita satu pengajaran yang paling bermakna dalam hidup kita. Maka, ada kata pujangga Inggeris "Mistake is the best teacher"
Patutkah kita sentiasa membuat keputusan yang salah dan belajar dengan kesalahan dan kesilapan yang telah kita lakukan? Adakah cara lain untuk mendapatkan persepsi atau gambaran yang lebih jelas dalam membuat penilaian?
Mengikut teori Daniel Coleman dalam bukunya Emotional Intelligence, otak kita akan menarik pada seseorang yang mengalami evolusi emosi yang lebih kurang sama dengan kita. Oleh itu emosi dan perasaan kita pada sesuatu dan seseorang adalah berjangkit.
Emosi dan perasaan tidak akan hadir pada masa yang singkat. Namun, segala perasaan dan emosi yang kita rasa pada masa sekarang akan menentukan penilaian dan keputusan yang kita akan buat pada masa akan datang.
Contohnya, mengapa kita tertarik dan rasa ikhlas dengan seseorang tapi bukan pada orang lain? Apa yang menyebabkan kita tertarik dan menarik pada seseorang?
Jawapannya kita akan tertarik pada seseorang yang mengalami evolusi perasaan dan emosi yang hampir sama dengan kita. Walaupun persekitaran yang berbeza, namun rasa seakan sama.
Contohnya seorang yang mengalami penderaan mental pada masa semasa kecil dan melalui proses-proses kesukaran semasa remaja dan keluarga akan tertarik pasa seseorang yang mengalami evolusi yang hampir sama dengannya. Seperti seseorang yang pernah bersekolah asrama dan kemudian belajar di luar negara melalui proses-proses emosi dan perasaan yang berjauhan dengan keluarga dan tekanan dalam mencorak kehidupan dan mungkin anak kedua yang sentiasa dipinggirkan dalam keluarga, misalan.
Segala proses-proses yang kita lalui akan membentuk personaliti hidup kita. Personaliti terbentuk dari segi genetik dan impak yang paling besar adalah persekitaran yang membuatkan seseorang itu berlainan dan unik dari segi cara percakapan dan interaksi antara satu sama lain. Oleh sebab itu kita akan lebih tertarik pada personaliti seseorang berbanding dengan rupa bentuk fizikal dan kerjaya. Tarikan dari segi personaliti membolehkan seseorang itu memahami antara satu sama lain. Lagi kuat kesamaan dari sudut emosi dan perasaan lebih kuat daya tarikan. Lebih-lebih lagi jika saling lengkap melengkapi. Itu dinamakan cinta sejati.
Namun, ramai juga yang membuat keputusan yang salah berdasarkan persepsi rupa paras, bentuk fizikal dan kekayaan. Sesetengah hanya memandang dari satu sudut sahaja. Ada juga membuat persepsi dari sudut nafsu (desire), keperluan (needs), dan pengalaman yang pahit pada masa lampau lantas membuat satu generalisation yang salah. Kemudian, masih lagi tertanya-tanya mengapa dia sentiasa tidak tercapai kebahagian yang ingin dimiliki.
Komen anda adalah dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment