Friday, May 9, 2008

Bagaimana Hendak Jadi Lebih Muda?


Pada suatu hari, seorang budak perempuan darjah 5 bertanya pada saya.
“Do you go to university?” budak perempuan itu bertanya dengan memberikan senyuman yang manis dan manja.
“Yes, why?” saya mengangguk dan membalas senyumannya.
“Then you can live 5 years longer,” dia berkata dengan penuh keyakinan.
“What make you say that?” saya bertanya kembali dengan keliru.
“Its in newspaper,” dia berkata sambil menunjukkan tajuk muka hadapan surat khabar “ Education key to longevity: Harvard”.


Kajian tersebut dijalankan oleh University Harvard, universiti yang berprestij dunia menyiasat tentang sekumpulan orang yang tamat belajar ke peringkat tinggi dan sekumpulan orang yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi pada tahun 1990an. Hasil dari kajian tersebut, kumpulan orang yang berjaya menamatkan pelajaran ke peringkat tinggi mempunyai life span atau jangka hayat yang melebihi 5 tahun. Sekiranya proses ilmuan itu berterusan, jangka hayatnya juga akan seiring bertambah.


Menurut kajian tersebut, kesimpulanya seseorang yang educated, akan lebih pandai menjaga kesihatan dan mecari peluang-peluang penyaraan dan kekayaan hidup. Kajian itu juga mengkaji sekirannya kekayaan adalah kunci jangka hayat yang lebih tinggi, maksudnya seseorng yang lebih kaya akan dapat hidup lama, namun kajian tersebut tidak memihak pada kekayaan malah pelajaran atau ilmu adalah kunci utama peningkatan jangka hayat manusia.


Kita boleh kesimpulan, bahawa sekirannya anda tamat belajar ke menara gading dalam apa jua bentuk ilmuan, kemungkinan anda juga adalah lebih muda sekurang-kurangnya 5 tahun dari rakan anda yang tidak berpelajaran tinggi. Walaupun ajal, jodoh dan rezeki terletak di tangan Tuhan yang Maha Esa, kita mampu berusaha dan mengubah nasib diri kita sendiri.


Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya. Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al Qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (20:114)

No comments: