Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa kita merasakan perlu marah pada seseorang? Mengapa kita mudah terasa? Mengapa kita mengecewakan seseorang? Mengapa kita tidak pandai mengambil hati seseorang? Mengapa kita mengalami depresi (depression), Mengapa kita tidak dapat memahami diri kita sendiri?
Mengikut teori psykologi, semua manusia adalah unik dengan caranya tersendiri. Cara seseorang itu berkomunikasi dan berinteraksi sesama manusia dapat membezakan personaliti antara satu sama lain.
Apakah agen-agen yang membentuk personaliti diri kita?
Pertama adalah keturunan. Keturunan dapat membentuk personaliti seseorang. Kajian membuktikan bahawa keturunan bukan sahaja dapat memberikan kesan dalam bentuk fizikal malah perangai dan kelakuan. Sekirannya kita mengalami kemurungan yang teruk, rasa malu pada orang lain, pemarah atau pendendam kita perlu mengimbas kembali perangai ibubapa kita kerana salah satu agen personaliti diturunkan melalui keturunan. Sekirannya kita adalah seorang yang rajin, bermotivasi tinggi dan berkonfiden kita juga dapat menurunkan agen-agen tersebut pada anak-anak kita.
Agen personaliti yang kedua adalah persekitaran (environment). Ini boleh dilalui dan alami sejak kita membesar, zaman persekolahan, tempat bekerja dan rakan-rakan bersosial. Walaupun kadangkala kita sudah mendapat pendidikan dan agen keturunan yang baik, agen persekitaran mampu menukar personaliti seseorang. Misalan seseorang lelaki yang ingin menukar jantina kepada perempuan. Kalau kita kaji semula, agen-agen yang terbentuk bukan dari keturunan malah persekitaran.
Kita mampu memilih agen persekitaran yang kita inginkan. Kita mampu dan boleh memilih di mana kita mahu bekerja, belajar dan tinggal. Kita juga mampu memilih kawan-kawan malah pasangan hidup yang kita inginkan. Kesemua agen-agen persekitaran tersebut mampu mengubah personaliti hidup kita. Adakah kita inginkan seseuatu yang baik atau buruk akhirnya? Kita yang memilih. Kita juga yang akan menanggung akibat dari perubahan personaliti tersebut. Apa yang paling penting kita perlu tahu apa apakah sebenarnya kita inginkan? Adakah kebaikan atau keburukan? Kemudian fikirkan kesan-kesan pemilihan tersebut.
1 comment:
Penulis - Atikel ini dibuat masa dan ditujukan pada org yang sukar memahami diri sendiri termasuk saya. Setelah buat beberapa kajian.
Post a Comment