Sebulan sudah Ramadhan berlalu, kini tiba Hari Raya. Bagi mereka di Malaysia, sambutan yang disambut tentunya meriah dengan suasana Raya ada di mana-mana. Jalan-jalan raya di kota dihiasi dengan lampu-lampu berwarna-warni, manakala di pasar raya hiasan ketupat ada di mana-mana. Siaran tv dan radio menyajikan rancangan berbentuk raya dan lagu raya berdendangan. Namun begitu, di sebalik keseronokan, warga Malaysia diancam oleh kemalangan maut di jalan raya.
Kita seharusnya memahami bahawa Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah atau kesucian. Allah menciptakan manusia untuk mempunyai kecenderungan yang baik kepada kebenaran. Sebab itu kita dikehendaki berpuasa yang sekali gus membolehkan kita kembali kepada kesucian dan kebenaran maknanya menjadi kelompok yang terpelihara daripada perbuatan tidak baik daripada norma-norma agama dan masyarakat.
Di saat Aidilfitri, marilah kita bersama-sama bertaubat terhadap kesalahan kepada Allah dan sesama manusia dilakukan. Bagi sesiapa yang berhutang, berjanjilah akan membayar semula hutang-hutang. (Agaknya bila saya boleh dapat kutip hutang?) Islam mengajarkan kita bertaubat setiap masa. Misalnya kalau melakukan kesalahan kita kepada Tuhan maka kita membaca istighfar. Jika bersalah pada manusia, kita harus meminta ampun kepada Tuhan dan memohon maaf kepada insan berkenaan.
Oleh itu sempena Aidilfitri, sementara kita bergembira menyambutnya jangan sesekali kita lupa untuk bersyukur dan sentiasa bersikap sederhana dalam apa juga yang kita lakukan.
Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin
No comments:
Post a Comment